KENAIKAN GAJI GURU-GURU AGAMA DI JOHOR MERUPAKAN SATU PENGIKTIRAFAN

KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji guru-guru agama di seluruh negeri Johor pada pembentangan bajet negeri itu hari ini memperlihatkan komitmen serta pembelaan yang jitu daripada kerajaan negeri terhadap golongan berkenaan.

Justeru kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram Datuk Hj Maulizam Bujang segala dakwaan sonsang kononnya nasib mereka tidak mendapat perhatian dan sebagainya lagi terjawab.

Malah menurut beliau lagi banyak dasar serta pelaksanaan yang telah dan sedang akan dibuat oleh kerajaan negeri untuk memperkasa sekolah agama dan juga membela nasib guru-guru agama yang terlibat.

“Inilah komitmen kita dan inilah apa yang kerajaan negeri telah dan sedang buat. Ini juga satu pengiktirafan kepada warga guru agama negeri Johor. Ini adalah tanda penghargaan kerajaan negeri atas sumbangan mereka mendidik anak-anak kita.

“Kenaikan gred dan tambahan gaji dan sebagainya lagi diharap dapat membantu warga pendidik kerana tugas dan tanggungjawab mereka cukup besar. Peranan merema cukup tinggi,“ katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini telah menambahkan peruntukan perbelanjaan untuk Bajet Negeri 2015. Bajet ini telah melibatkan kenaikan gaji guru-guru agama seluruh negeri Johor.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah sebenarnya sekolah agama telah mendapat perhatian dan tumpuan daripada kerajaan negeri.

“Namun kadangkala timbul juga pelbagai dakwaan yang tidak benar dan hari ini kerajaan negeri telah membuktikannya. Alhamdulillah dan terima kasih kepada keprihatinan kerajaan negeri dalam soal ini,“ katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial