Abd. Latif Bandi Letak Jawatan

Kenyataan Media Berhubung Perletakan Jawatan Sebagai EXCO Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

1. Saya menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas DYMM Sultan Johor dan YAB Menteri Besar Johor kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sepanjang saya berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri Johor.

2. Susulan daripada pendakwaan yang dibuat ke atas saya di mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam, saya dengan ini mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

3. Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat, rakan-rakan exco, masyarakat Mersing dan NGO-nya, rakyat berbilang kaum serta semua pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk melalui proses perundangan ini dengan seadil-adilnya.

4. Terima kasih juga atas kerjasama erat ketua-ketua jabatan dan seluruh warga kerja di bawah portfolio saya di sepanjang tempoh perkhidmatan saya. Saya memohon maaf atas segala salah silap dan kekurangan saya sepanjang kita bersama.

5. Semoga Allah jua yang merahmati jasa baik kalian dan doakanlah saya serta keluarga dapat melalui tempoh sukar ini dengan penuh tabah dan taqwa.

Sekian, wassalam.

20 April 2017
Datuk Haji Abdul Latif bin Haji Bandi

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial