Kenyataan Media MB Johor Berhubung Perletakan Jawatan Abd. Latif Bandi

Kenyataan Media Menteri Besar Johor Berhubung Perletakan Jawatan Bekas Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor

1.‭ ‬Kerajaan‭ ‬Negeri‭ ‬Johor‭ ‬telah‭ ‬menerima‭ surat‭ ‬perletakan‭ ‬jawatan‭ ‬oleh‭ ‬bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Abd. Latif Bandi pada 20 April 2017.

2. Surat perletakan jawatan itu memaklumkan‭ ‬bahawa beliau melepaskan semua jawatan rasmi Kerajaan Negeri Johor.

3. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Johor menghormati keputusan yang diambil oleh
beliau.‭ ‬Keputusan‭ ‬itu‭ ‬sudah‭ ‬pastinya‭ berdasarkan‭ ‬penilaian‭ ‬yang‭ ‬terbaik‭ ‬untuk semua pihak.

4. Saya berharap proses keadilan dapat berlangsung mengikut peruntukan undang-undang yang disediakan.

5. Pihak Kerajaan Negeri dan saya secara peribadi, dengan ini ingin merakamkan
ucapan‭ ‬terima‭ ‬kasih‭ ‬dan‭ ‬penghargaan‭ ‬atas‭ ‬jasa‭ ‬dan‭ ‬khidmat‭ ‬bakti‭ ‬yang‭ ‬telah diberikan oleh beliau sepanjang bertugas dengan Kerajaan Negeri Johor.

6.‭ ‬Pihak‭ ‬Kerajaan‭ ‬Negeri‭ ‬berharap‭ ‬dan‭ ‬ ‭ ‬mendoakan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬urusan‭ ‬beliau selepas ini dipermudahkan dan berjalan lancar.

Dato’ Mohamed Khaled Nordin

20 April 2017

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial