KEPELBAGAIAN KAUM TERUS DIHORMATI

JOHOR BAHRU: Kerajaan amat menghormati ke­be­basan masyarakat majmuk meng­amalkan kepercayaan ma­sing-masing kerana ia menjadi teras kepada keharmonian dalam kalangan rakyat di negara ini.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, sambutan perayaan sesuatu kaum yang dihadiri dan dirai oleh masyarakat berbilang kaum menunjukkan negara menghargai kebebasan agama sejak sekian lama.

Katanya, kewujudan rumah-rumah ibadat di negara ini sejak sekian lama menjadi bukti penerimaan kerajaan terhadap pegangan agama rakyatnya.

“Bukti yang paling tepat ialah kalau kita imbas kembali 98 tahun dahulu apabila kuil ini mula dibuka, ia merupakan kuil yang kecil dan tidak sebesar hari ini.

“Hari ini selari dengan pembangunan negara kuil ini juga telah turut diperbesar sama ada, keluasannya mahupun pengisiaannya dan inilah contoh bagaimana terbukanya negara kita walaupun banayak pihak buat pelbagai tuduhan, tetapi melalui kewujudan kuil ini, bagaimana ia mampu kekal dan kita membuat perancangan untuk membuka dan memantapkan kedudukannya, semua ini gambarkan bagaimana kebebasan beragama yang dibenarkan oleh kerajaan kita untuk rakyat dan bagaimana semangat toleransi, hormat menghormati antara kaum yang telah dapat kita bina bersama-sama.

“Oleh itu saya berharap mudah-mudahan agar usaha ini dapat diteruskan dan kita akan terus jaga kedudukan semua kaum yg terdapat di negara dan negeri kita termasuklah kebebasan agama yang diamalkan oleh rakyat yang terdapat di negara kita ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengunjungi Kuil Arulmigu Thendayuthapani Kovil sempena sambutan Thaipusam di sini.

Beliau turut menyeru masyarakat untuk berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing kerana ia menjadi teras kepada kemajuan negara dan keharmonian rakyatnya.

“Dalam kita hendak terus bangun dan majukan negara, kita mahu masyarakat berbilang kaum dalam negara beri penekanan dalam aspek agama supaya ia boleh jadi panduan dalam hidup kerana kita tahu semua agama menganjurkan kebaikan, kedamaian, kesederhaaan, toleransi, semangat muhibbah n sebagainya,” katanya.

Pada majlis itu, beliau mengumukan peruntukkan RM600, 000 untuk tujuan pembinaan dewan serta penganjuran aktivi masyarakat India di kuil itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan permohonan kuil berkenaan untuk dikecualikan daripada membuat pembayaran premium tanah tambahan berjumlah RM160,000.

Katanya, premium tambahan itu sebelum ini dikenakan kepada pihak pengurusan kuil kerana membina bangunan dewan serbaguna di tapak kuil tersebut sebelum menerima kelulusan Pejabat Tanah negeri.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Naib Presiden MIC, Datuk S. Balakrishnan yang juga Pengerusi MIC negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia, R.Vidyananthan.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial