Kepimpinan Khaled Berjaya Mengharungi Cabaran

JOHOR BAHRU, 10 Nov – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memuji kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin yang telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran getir.

“Di sebalik segala masalah yang terbit, Khaled telah memastikan Johor terus fokus kepada agenda UMNO yang sebenar, mengembalikan maruah dan kedudukan parti, mengislahkannya, malah memberi naratif baharu kepada UMNO Johor.

“Johor sangat maju dalam pemikiran dan perhitungan politiknya, menjangkaui sorakan dan tepukan. Perhitungan politik kita bersandarkan kematangan pemikiran dan fokus yang lebih besar dan luas.

Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Konvensyen UMNO Johor 2016 di sini.

img_5873

Tambah Hishammuddin, kesatuan yang telah ditunjukkan oleh UMNO Johor walaupun dilanda ujian membuktikan bahawa UMNO itu memang sebati dengan Johor.

“Pada orang Melayu di Johor, UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Saya lihat UMNO Johor ini berada di landasan yang betul.

“Kepimpinan Johor ini mempunyai bukan sahaja ketegasan, tetapi tidak berada dalam penafian untuk memastikan bahawa parti kita sentiasa relevan.

“Saya amat berterima kasih kepada Mohamed Khaled kerana peranannya telah berjaya memastikan sebarang cabaran yang menimpa kita kebelakangan ini di Johor berlalu tanpa menjejaskan kesatuan UMNO Johor.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial