KERAJAAN JOHOR LANCAR BANDAR KOPERASI PERTAMA DI MALAYSIA

photo_2015-09-07_19-59-13

photo_2015-09-07_19-59-21

KOTA TINGGI: Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin hari ini melancarkan projek pembangunan perumahan dan komersial berkonsepkan bandar koperasi yang pertama di Malaysia.

Ketika berucap pada majlis pecah tanah projek berkenaan, Mohamed Khaled berkata,projek pembangunan yang diperkenalkan oleh ANGKASA ini adalah salah satu contoh bagaimana sebuah koperasi dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan kebajikan ahlinya.

Katanya, model bandar yang diperkenalkan oleh ANGKASA ini belum pernah Dan merupakan projek yang pertama seumpamanya di Malaysia dan di rantau Asia.

 "Coop City Bandar Penawar inilah yang akan menyediakan ruang kehidupan dan penempatan bagi menampung kerancakan ekonomi Pengerang.

"Secara tidak langsung, pembinaan Coop City ini juga akan sekaligus menjadikan daerah Pengerang satu lagi kawasan pembangunan yang terancang selepas Iskandar Malaysia. 

"Dan perkara ini menjadi satu lagi petunjuk jelas kepada keseriusan kita memastikan pembangunan kita bersifat insklusif, menyeluruh dan tidak hanya berpusat kepada sesuatu kawasan sahaja" katanya.

Beliau berkata, bandar Coop City itu juga mempunyai kekuatan dan kelebihan daripada aspek kedudukan, fungsi dan potensinya yang besar. 

"Memandangkan ia terletak berhampiran dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak & Petrokimia (RAPID) yang dibangunkan oleh PETRONAS di Pengerang, Coop City Bandar Penawar akan berupaya membantu memenuhi keperluan hidup tenaga kerja di RAPID. 

"RAPID Pengerang bakal membuka banyak peluang pekerjaan. Ramai tenaga kerja akan mula hadir ke sini. Profesional, separa profesional mahupun tenaga kerja tidak mahir. Kesemuanya akan mula menumpukan perhatian kepada Pengerang," katanya.

Projek Coop City yang dibangunkan dengan kos RM500 juta di atas tapak seluas 29. 13 hektar itu dijangka akan siap pada tahun 2017.

Komponen pembangunannya melibatkan pembinaan rumah mampu milik, pusat pengumpulan produk IKS, pusat perniagaan, pusat kesihatan, perhotelan dan kemudahan rekreasi. 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial