KERAJAAN JOHOR SAMBUT BAIK TITAH DYMM SULTAN JOHOR

11218206_505884422908207_508836726454228039_n (2)

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menyambut baik titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar supaya meneliti nama bersesuaian bagi kawasan Nusajaya. 

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan negeri turut menerima titah Tuanku yang mahukan nama daerah Kulaijaya ditukar kepada nama asalnya, Kulai. 

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan pertukaran semula nama itu selain mencari nama baharu yang sesuai bagi Nusajaya yang menempatkan pusat pentadbiran baharu kerajaan Johor. 

"Kulaijaya kita akan tukar balik kepada nama asalnya Kulai, bagi Nusajaya kita akan bincang untuk mencari nama yang tepat," katanya kepada pemberita selepas meninjau lima lukisan mural di sekitar pusat bandar raya ini, hari ini. 

Semalam, Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan negeri menukar semula nama daerah Kulaijaya kepada nama asalnya dengan serta-merta. 

Baginda bertitah walaupun nama sesebuah kampung atau tempat bunyinya agak pelik, ia hendaklah dikekalkan kerana ia telah dinamakan oleh nenek moyang mengikut kesesuaian dan sejarahnya. 

Sultan Ibrahim turut bertitah supaya kerajaan negeri meneliti nama sesuai bagi Nusajaya kerana nama itu tidak mempunyai kaitan dengan sejarah kawasan itu.- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial