Kerajaan Negeri Bantu Dapatkan Khidmat Guaman Kes Kemalangan Ragut 8 Nyawa

JOHOR BAHRU, 18 Feb. – Kerajaan negeri akan membantu mendapatkan khidmat bantuan guaman bagi keluarga mangsa kemalangan jalanraya yang mengorbankan lapan nyawa di sini, awal pagi tadi.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin mengumumkan langkah itu bagi membolehkan bantuan guaman bersesuaian dihulurkan kepada semua keluarga dan waris yang terkesan akibat tragedi itu.

“Kerajaan negeri akan bantu keluarga untuk lantik peguam bagi mengkaji tindakan selanjutnya berkaitan kes itu,” katanya.

Selain bantuan guaman, kerajaan negeri turut mengumumkan bantuan segera berjumlah RM1,600 bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban.

Ia merupakan bantuan yang disalur menerusi agensi negeri dan persekutuan termasuk daripada Tabung Khairat Kematian Negeri Johor, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial