KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN ONE-OFF 2.5 JUTA KEPADA PENUNTUT DI MESIR DAN JORDAN

dsk

KOTA ISKANDAR:Kerajaan Negeri Johor mengumumkan bantuan one-off berjumlah RM2.5 juta kepada pelajar-pelajar anak Johor yang menuntut di Mesir dan Jordan.

Bantuan membabitkan seramai 389 pelajar di bawah tajaan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) itu melibatkan sumbangan Dermasiswa Pelajaran iaitu sebanyak RM3,000 bagi pelajar Pegajian Islam di Mesir dan RM5,000 bagi Pelajar Pengajian Islam di Jordan.

Bagi pelajar perubatan yang mentuntut di kedua-dua negara itu, sebanyak RM10,000 ditambah ke dalam pinjaman sedia ada.

Bantuan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima para pelajar terbabit bertambah kepada RM9,000 (pelajar di Mesir), RM13,000 (pelajar di Jordan) dan RM40,000 bagi pelajar perubatan di kedua-dua negara.

Tambahan one-off itu diberikan lantaran perkembangan nilai ringgit yang menyusut ketika ini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial