Kerajaan Negeri Beri Kebenaran Guna Premis Kerajaan Untuk Program Ikan Rakyat

NUSAJAYA: Kerajaan Negeri bersetuju memberikan kebenaran penggunaan premis-premis kerajaan bagi pelaksanaan program ikan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan, Datuk Tee Siew Kiong, berkata program ikan rakyat ini membolehkan masyarakat mendapatkan ikan yang lebih segar dengan harga yang lebih rendah.

Di samping itu, katanya kerajaan negeri juga memberikan kebenaran penggunaan tanah-tanah kerajaan untuk pembinaan pasar nelayan.

"Di Johor, ikan rakyat dibekalkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

"Ketika ini outlet jualan kebanyakkannya berada di Johor Bahru dan akan diperluaskan ke lain-lain daerah.

"LKIM sedang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk melaksanakan program pasar nelayan yang mana para nelayan yang akan menjadi peserta dan menjual sendiri hasil tangkapan mereka. Dengan ini pengguna boleh mendapatkan ikan yang lebih segar dengan harga lebih rendah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Dato' Saipolbahari Suib (BN-Bukit Naning) berkenaan langkah yang diambil dalam menangani masalah kenaikan ikan tidak popular di Persidangan Dewan Negeri, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Asiah Md. Ariff ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd. Azahar Ibrahim (BN-Tenang) berkenaan mekanisma dan kebolehan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU)
dalam sektor perkhidmatan awam berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu golongan istimewa ini.

Katanya, kerajaan negeri bekerjasama dengan Unit Penempatan Pekerjaan OKU mengikut dasar yang telah diperkenalkan sejak tahun 1988.

"Ini ialah inisiatif untuk memberi peluang kepada OKU memperoleh bidang pekerjaan dan ia juga dilihat melalui keupayaan mereka," katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial