Kerajaan Negeri Hargai Peranan Kemas

PASIR GUDANG, 27 Nov – Kerajaan Negeri menghargai peranan yang dimainkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai satu jabatan yang komited dalam melaksanakan dan menjayakan program Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri yakin peranan yang dimainkan jabatan itu berjaya melahirkan masyarakat terbaik dan bernilai murni.

“Kemas berjaya membangunkan nilai berdikari masyarakat supaya dapat meningkatkan taraf ekonomi, pendidikan dan sosial di negeri ini.

“Peranan Kemas memang jelas dan jabatan ini dilihat cukup dekat dan mampu memainkan peranan yang boleh menjayakan agenda Kerajaan Negeri,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival Kemas 4U Semarak Desa Peringkat Negeri Johor di Bukit Layang-Layang, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled menyeru supaya terus bersama-sama dengan Kerajaan Negeri menentukan agenda dan matlamat melalui gagasan Johor Berkemajuan.

“Johor mempunyai matlamat besar berasaskan pencapaian untuk bercita-cita menjadi kuasa ekonomi selatan tanah air dan menjadi negeri paling maju dalam negara kita.

“Matlamat itu tidak boleh menjadi sekadar hasrat kerajaan, tetapi perlu sokongan dan peranan masyarakat termasuk Kemas dalam usaha mencapai misi kita itu,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Negeri, Asiah Md Ariff, Taufik Mohd Yusop; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) Hasrin Kamal Hashim dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Halim Hasbullah.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial