KERAJAAN NEGERI JOHOR MAHU KEMBANGKAN INDUSTRI KREATIF



Kerajaan Negeri Johor sedang merangka langkah-langkah yang perlu diambil untuk mempelbagaikan pendapatan negeri terutamanya yang memfokuskan industri kreatif tempatan.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata penyediaan Pelan Induk Pembangunan Kreatif akan dikaji secara terperinci agar ia benar-benar dapat memberi pulangan kepada rakyat Johor.

“Dunia sekarang sedang berhadapan dengan cuaca ekonomi yang tidak menentu, dan salah satu cara untuk kita menghadapi impak tersebut adalah dengan mempelbagaikan sumber ekonomi kita.

“Kerajaan negeri akan menjadi penggiat utama menyemai bakat tempatan dan kita telah menyediakan pelbagai keperluan dan infrastuktur bagi membantu merealisasikan hasrat ini dengan harapan bakat mereka akan dapat kita tonjolkan hingga peringkat antarabangsa”.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan kampus ketiga Universiti Multimedia (MMU) di Educity Nusajaya, Iskandar Puteri.

MMU menawarkan pengajian Program Ijazah Seni Sinematik (CAP) yang ditawarkan oleh Fakulti Seni Sinematik (FCA) dimana ijazah tersebut menawarkan silibus menyeluruh bertaraf antarabangsa selain mendapat kerjasama School of Cinematic Arts (SCA) University of Southern California (USC) sejak Oktober 2014.

Kampus tersebut juga  dilengkapi dengan teknologi moden seperti studio digital untuk kemudahan para pelajar FCA dalam melahirkan generasi baharu pakar dalam bidang seni kreatif serta pencerita visual dan perfileman di dalam negara.

Tambahnya, kedudukan kampus MMU yang berdekatan dengan studio antarabangsa, Pinewoods Iskandar Malaysia Studios dapat memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendalami industri sinematik dan memberikan mereka pengalaman yang lebih mendalam di dalam bidang tersebut

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial