KERAJAAN NEGERI JOHOR SEDIA BANTU, MAJUKAN SUKAN MUAYTHAI – ZULKURNAIN

1660628_1881253152100425_6339213485633846924_n

Kerajaan Negeri Johor akan menyalurkan bantuan dan peruntukan dari pelbagai aspek dalam usaha membangunkan sukan Muaythai di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Dato’ Zulkurnain Kamisan, usaha yang dilakukan Persatuan Muaythai Negeri Johor dan 18 kelab di bawah naunganya dalam membangunkan sukan Muaythai telah mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Muaythai Lion Warrior Sempena Kemerdekaan 2015 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Onn, Batu Pahat.

Kejohanan julung kali diadakan itu disertai 60 peserta dari seluruh Malaysia dan negara jiran Thailand.

Zulkurnain turut memuji usaha Lion Warrior Muaythai Club dalam penganjuran kejohanan ini di daerah Batu Pahat dan berharap ia dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.- TV SELATAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial