Kerajaan Negeri Pantau Pulangan Projek Penswastaan

jauhar

NUSAJAYA: Kerajaan Negeri akan terus memantau pulangan setiap projek penswastaan supaya pulangan tunai dapat dijelaskan dan pulangan 'in-kind' yang dirancang dapat dilaksanakan seperti yang dimaktub dalam perjanjian.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin, berkata sehingga tahun 2013, kerajaan negeri telah berjaya menurunkan tunggakan hasil kepada 35 peratus.

"Penurunan tunggakan hasil ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri komited dalam memastikan hasil-hasil milik kerajaan diperolehi melalui proses pemantauan yang berterusan," katanya.

Bagi menangani masalah tunggakan pulangan 'in-kind' ini dari berleluasa,kerajaan negeri mengambil langkah supaya pulangan bagi projek penswastaan yang baru dan pada masa hadapan dilakukan secara tunai.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Tan Chen Choon (DAP-Jementah) dalam Persidangan Dewan Negeri, di sini semalam.

Dalam sesi itu, Mohamed Khaled berkata sejak dasar penswastaan negeri Johor diwujudkan, hanya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sahaja yang terlibat.

Jelasnya lagi, sehingga kini sebanyak 10 projek penswastaan di kawasan MBJB telah mendapat kelulusan dari Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor.

"Kebanyakan projek penswastaan yang terlibat menerusi MBJB ini melibatkan penyewaan tapak tanah milik PBT berkenaan.

"Bagaimanapun katanya, terdapat satu projek penswastaan di kawasan berkenaan melibatkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 500 unit. Projek ini dijangka memberi pulangan tunai kepada MBJB sebanyak RM56.545 juta,"katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr.Boo Cheng Hau (DAP-Skudai) berkenaan penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Johor Corporation dalam pembinaan rumah mampu milik, beliau berkata kerajaan negeri amat berpuas hati dengan penglibatan anak syarikat berkenaan.

"Sehingga kini, kerajaan negeri amat berpuas hati dengan pembabitan GLC dalam membina rumah mampu milik. Kebanyakan kegagalan pembinaan rumah mampu milik datangnya dari pihak swasta," katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial