Kerajaan Negeri Pertimbang Perkenal Skim Sewa Beli

jauharPASIR GUDANG – Kerajaan Negeri akan pertimbangkan untuk memperkenalkan skim sewa dan beli kepada penduduk yang tinggal di rumah flat di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan berkenaan akan diperhalusi terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya dapat dimuktamadkan.

Katanya, tinjauan dan bancian tentang perkara ini  akan dilaksanakan untuk mendapatkan respon serta sokongan sama ada ianya diterima atau sebaliknya oleh masyarakat.

"Kita akan buat cadangan perkara ini sama ada ia diterima dan disokong oleh semua penduduk atau sebaliknya dan dapatkan maklumat daripada mereka.

"Ia juga sesuatu yang dihasrat semua dan kita akan terus memperhalusi cadangan ini untuk perkenalkan skim sewa dan beli ini," katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyerahan Buku Akaun Tabung Haji, Taklimat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Gudang dan Taklimat Bantuan Zakat (Jejak Asnaf) di Taman Cendana, di sini, Ahad lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled meminta supaya penyewa rumah pangsa supaya menjelaskan kadar sewa yang dikenakan setiap bulan supaya tiada bayaran tunggakan yang akhirnya memberi kesan kepada Laporan Audit Negara.

"Setiap kali kerajaan gagal mengutip bayaran sewa daripada para penyewa menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menanggung tunggakan itu dan memberi impak dalam Laporan Audit Negara," katanya.

Dalam Majlis itu, seramai 1, 152 penduduk Taman Cendana menerima buku akaun Tabung Haji masing-masing dan 10 penduduk kawasan itu yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan menerima bantuan zakat.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial