Kerajaan Negeri Peruntuk RM6 Juta Untuk NGO Tahun Ini

PASIR GUDANG: Kerajaan Negeri melalui Pejabat Menteri Besar memperuntukkan geran tahunan berlumlah RM6 juta kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi pelaksanaan aktiviti dan program kesukarelawan.
 
Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata, Kerajaan Negeri sedar kepentingan budaya kesukarelawan mampu membentuk masyarakat Johor yang berbudaya tinggi.
 
“ Johor hanya akan menjadi masyarakat yang berbudaya tinggi jika budaya memberi dan menyumbang secara sukarela ini menjadi budaya dan tradisi kehidupan masyarakatnya. 
 
“Saya percaya bahawa gerakan sivik yang aktif, yang segar, yang progresif, akan dapat melahirkan masyarakat yang erat kasih sayangnya dan kukuh kesatuannya,” katanya.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Anugerah Penyayang Johor 2014 di sini semalam.
 
Dalam ucapannya itu, Mohamed Khaled turut menyarankan agar aktiviti kesukarelaan dan kemasyarakatan yang berasaskan kasih sayang dan empati ini, diangkat ke tahap yang lebih tinggi serta serius. 
 
“Saya mengajak semua lapisan masyarakat di Johor untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukannya hahya menerima sebanyak-banyaknya.
 
“ Saya mengajak semua penduduk Johor, walau apapun kepercayaan, walau apapun warna kulit, menyumbang masa, keringat, wang ringgit untuk kebaikan masyarakat jua.
 
“ Marilah kita menjadi masyarakat yang budiman, mengabdikan sedikit masa dan keringat, untuk kebaktian pada bangsa dan tanahair,” ujarnya.
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial