Kerajaan Negeri sambut baik Bajet 2015

JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri menyambut baik Bajet 2015 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini kerana ia dilihat mampu memberi manfaat kepada setiap rakyat di negera ini khususnya di Johor.

Menteri Besar, Dato' Mohamed Khaled Nordin berkata, menerusi pelbagai inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2015 itu, ia jelaslah menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dengan keperluan dan kehendak rakyat.

Jelasnya, ia sekali gus selari dengan prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Negeri iaitu Pembangunan Pro-Rakyat, Merakyatkan Kerajaan dan Muafakat Johor.

"Ia termasuklah dengan penurunan kadar cukai pendapatan individu daripada 1 hingga 3 mata peratusan yang mana ini bermaksud sebanyak 300,000 rakyat tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melihat lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri wajar dipuji dan disambut baik oleh semua pihak.

"Sebagai sebuah negeri yang menjadi pelopor kepada pembinaan rumah mampu milik di negara ini, maka Kerajaan Negeri Johor menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman sendiri," ujarnya.

Tambah Mohamed Khaled lagi, Kerajaan Negeri juga melihat pelbagai inisiatif bagi mengalakkan pembagunan usahawan di negara ini sebagai satu yang tepat pada masanya.

"Seperti semua sedia maklum, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menggalakkan rakyat di negeri ini untuk menceburi bidang keusahawanan. Ia supaya kepesatan ekonomi di Johor akan dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat di negeri ini.

"Atas sebab itulah, Kerajaan Negeriturut menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalammenyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk para usahawan di negara ini," jelasnya.

Mohamed Khaled turut menghargai inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kesihatan rakyat.

"Kerajaan Negeri juga menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan dalam membantu rakyat yang menghadapi penyakit serius seperti jantung, buah pinggang dan kencing manis dengan pemberian pengecualian cukai sebanyak RM5,000 setahun dan penambahan mesin haemodialisis di beberapa hospital dan klinik kesihatan selain penambahan sebanyak 30 Klinik 1Malaysia di seluruh negara.

"Selain itu, Kerajaan Negeri turut berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana merancang pembinaan Klinik Gigi di daerah Kluang," katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial