Kerajaan Negeri Serah SPRM Lakukan Tugas

 

ISKANDAR PUTERI, 9 Mac – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, hari ini menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan siasatan mereka ekoran penahanan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi.

“Saya bersimpati, tapi saya percaya bahawa kita serahkan kepada SPRM supaya kita dapat capai keadilan dalam soal ini,” kata beliau.

Beliau ditemui media selepas selesai Persidangan Dewan Negeri Johor ke-13 di sini, hari ini.

Terdahulu, Abd Latif yang sedang bercuti bagi memberi tumpuan kepada siasatan itu yang melibatkan anak dan pegawainya, telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 10.50 pagi.

Perkara itu dimaklumkan melalui satu kenyataan media oleh SPRM.

Kes penyelewengan hartanah dan perumahan di Johor disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 4 Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial