Kerajaan Negeri Tidak Pernah Keluarkan Kad Bangsa Johor



JOHOR BAHRU, 2 Feb – Kerajaan Negeri Johor menafikan pernah mengeluarkan kad pengenalan Bangsa Johor seperti yang sedang ditularkan di media sosial.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani berkata kad sedemikian rupa tidak pernah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri.

Malah penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali.

Belau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial