Kerajaan Negeri umum bantuan khas untuk penjawat awam

Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan Kerajaan Negeri sebanyak RM500 setiap seorang dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.6 juta.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, berkata pemberian bantuan khas itu membabitkan 11,187 penjawat dan kakitangan kerajaan negeri dari Gred 1 hingga 54.

Katanya, Kerajaan Negeri juga bersetuju memperluaskan agihan bantuan khas Aidilfitri kepada semua guru kelas Al-Quran dan fardu ain (KAFA) serta guru tadika agama.

"Diharapkan dengan bantuan khas ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban penjawat awam, guru KAFA serta guru tadika agama di negeri inindalam menghadapi musim perayaan yang mendatang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat bazaar Ramadhan di tapak letak kereta Pekan Rabu di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Md Jais Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Hahasrin Hashim.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial