Kerajaan Negeri Zahir Ucapan Selamat Sempena Hari Keputeraan Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 23 Mac – Kerajaan Negeri hari ini menzahirkan ucapan selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata beliau memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana kejayaan terus dilimpahkan ke atas negeri Johor sepanjang pemerintahan Tuanku.

“Kita bersyukur atas segala pencapaian selama ini sepanjang Tuanku menjadi raja.

“Kita juga bersyukur atas naungan Tuanku, rakyatnya dapat hidup bermuafakat dalam keadaan bersatu padu dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain,” katanya.

Dalam pada itu, katanya setiap rakyat Johor memainkan peranan untuk menyumbang kepada negeri.

“Masing-masing mengambil tanggungjawab untuk memaju dan menjayakan negeri Johor, serta majoriti bersetuju tentang hala tuju dan arah pembangunan kemajuannya.

“Justeru, mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan cabaran, kerana kalau kita tak buat apa-apa, hanya kekal statik, diam dan kaku kita akan menghadapi masalah dan orang lain akan mengatasi kita,” katanya.

Menurutnya lagi, atas sebab itu setiap rakyat mesti memajukan negeri untuk berdepan dengan cabaran.

“Walaupun pelbagai tuduhan yang dilemparkan, rakyat Johor tidak akan tunduk pada cabaran-cabaran itu. Kita akan terus bergerak ke hadapan kerana kita tahu objektifnya dan di mana kita mahu membawa negeri ini.

“Pada masa yang sama kita mengupayakan rakyat supaya mereka benar-benar mendapat manfaat hasil dari pembangunan dan kemajuan negeri,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial