Tindakan Lupus Sisa Pepejal Di Tapak Haram Akan Disiasat

JOHOR BAHRU, 23 April – Siasatan akan dijalankan ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil jalan mudah melupuskan sisa pepejal secara haram.

Kes difahamkan berlaku di sebuah tapak pelupusan haram di kawasan Kampung Teluk Jawa, Pasir Gudang.

Walaupun pelbagai usaha sudah dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam memastikan negeri ini bersih dan lestari, perilaku sebegini sudah tentu akan merencatkan usaha itu.

Apatah lagi, dengan sikap segelintir masyarakat yang hanya tahu menuding jari mencari kesalahan orang lain tanpa menyedari bahawa semua masalah itu berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab dan memandang enteng kepada kelestarian alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan dan akan membawa perkara tersebut ke mahkhamah.

“Keadaan di Teluk Jawa amat menyedihkan.

“JAS akan membawa kes ini ke mahkamah untuk pendakwaan di bawah Seksyen 29 A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Denda Maksimum RM500,000 dan 5 tahun penjara,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial