KESEDARAN KITAR SEMULA MASIH RENDAH

image (4)

JOHOR BAHRU – Syarikat konsesi, SWM Environment Sdn Bhd terus mengadakan program berkaitan pengasingan sisa pepejal dalam kalangan masyarakat berikutan tahap kesedaran mengenai kepentingan berbuat demikian masih lagi rendah.

Eksekutif Kanan Amir Abdul Rahim berkata, sebelum pelancaran pengasingan sisa pepejal bermula kelmarin, pihaknya telah memperkenalkan sistem kutipan 2+1 mengikut jadual di setiap perumahan bagi menggalakkan pengasingan sisa makanan dan bahan yang boleh dikitar semula.

“Kita akui ada menerima rungutan mengenai program pengasingan sisa pepejal yang dianggap remeh dan menyusahkan orang ramai. Sebenarnya sebelum ia diperkenalkan terdapat isi rumah telah mengamalkan sisa pengasingan berkenaan. Bagaimanapun jumlah yang melakukannya amat rendah iaitu kira-kira 10 peratus sahaja.

"Tujuan pengasingan ini dijalankan juga memudahkan pekerja SWM mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula dengan sisa makanan. Jika semuanya bercampur, ia menyukarkan kita memilih sampah yang boleh dikitar semula," katanya.

Selain itu, katanya  ada memberi alasan tidak dibekalkan tong tambahan untuk tujuan pengasingan.

"Orang ramai boleh meletakkan bahan kitar semula dalam plastik dan diletakkan di tepi tong sampah beroda.

"Bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik dan kaca boleh diletakkan dalam bekas yang sama asalkan ia tidak campur dengan sisa makanan," katanya.

Amir berkata, barangan kitar semula dan sisa pepejal domestik menggunakan pengangkut sampah yang berbeza disebabkan itu jadual kutipan juga berbeza.

“Untuk peringkat awal, orang ramai boleh mencampurkan barangan kitar semula dalam satu plastik atau bakul sampah. Untuk masa akan datang mereka boleh menggunakan beg plastik berlainan warna untuk tujuan pengasingan.

“Jika di luar negara, setiap rumah akan dibekalkan tong sampah khas bagi pengasingan sisa pepejal, kaedah itu lebih memudahkan pengguna dan kontraktor yang membuat kutipan,” katanya.

Beliau menganggap masih terlalu awal untuk pihaknya membuat kesimpulan mengenai respons orang ramai mengenai sistem baharu yang bakal dikuatkuasakan tahun depan.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial