Khaled Nordin – Pembangkang Hanya Pentingkan Kerusi

MB-muar2

Pembangkang hanya mementingkan soal kerusi dan isu remeh berbanding berusaha mensejahterakan rakyat dan memakmurkan tanahair.

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin memberi contoh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang tidak berkhidmat kepada penduduk setempat walaupun telah memenangi kerusi itu.

“Kit Siang hendak kerusi sahaja, tetapi tidak berkhidmat. Selepas ini dia akan mencari tempat lain kerana apabila rakyat tahu dia tidak berkhidmat, mereka memang akan hukum dia.

“Percayalah, Lim Kit Siang akan lari daripada Gelang Patah sebab kalau dia bertanding lagi, pimpinan Barisan Nasional Gelang Patah akan beri dia saingan yang begitu kuat, kerana dia tidak berkhidmat, cuma hendak kerusi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai lawatan kerja sehari ke Parlimen Muar, hari ini.

Ujar beliau lagi, sikap mementingkan kerusi ini akan mengakibatkan aspirasi rakyat tenggelam dan tidak diutarakan.

“Itu sebab timbul soal seperti Zaid Ibrahim juga hendak bertanding di Johor. Dia bukan orang tempatan dan dia tidak akan membawa suara Johor ke Kuala Lumpur sebab dia tidak faham aspirasi Johor.

“Janganlah termakan penipuan pihak pembangkang kerana mereka hanya pentingkan kerusi, bukan berkhidmat untuk rakyat,” kata beliau.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial