Khaled perjuang Pembangunan Pro Rakyat, Perkenal Konsep Muafakat Johor

Lebih kurang 7 bulan memimpin  Johor Darul Ta'zim, Khaled Nordin   dilihat sebagai seorang anak Johor ibarat sirih pulang je ganggang yang membawa pendekatan dan memperjuangkan pembangunan pro rakyat. Ini terbukti dengan pelbagai langkah dan tindakan beliau dalam memastikan isu tanah dan perumahan rakyat Johor dibela. Khaled turut mengambil langkah drastik dalam memastikan setiap rakyat Johor memiliki rumah dengan mengumumkan 28000 rumah mampu milik maksimum RM150,000 untuk rakyat Johor.  Beliau sedar antara agenda terpenting yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan Negeri ialah perumahan yang menjadi impian setiap rakyat Johor untuk memiliki kediaman sendiri. Selain itu, rakyat Johor perlu mendapat manfaat dan nikmat dari segi peluang pekerjaan berkualiti dan peluang ekonomi serta tidak terpinggir dari arus pembangunan Iskandar Malaysia. Sepanjang 6 bulan, saya kira sekurang-kurangnys 20 insiaitif yang beliau umumkan untuk memastikan isu perumahan dan pembangunan hartanah di Johor ditangani di samping menyelesaikan masalah setinggan dan dasar pemilikan hartanah terutamanya bumiputera. Khaled juga lebih selektif dalam soal kemasukan  pelaburan serta mengalu-alukan pelabur melabur di luar Iskandar Malaysia. Untuk itu, beliau  sentiasa turun ke setiap daerah bagi meninjau sendiri pembangunan di sana dan memastikan Pelan Pembangunan Strategik Ekonomi Johor dilaksanakan untuk memastikan tiada daerah yang akan tercicir. Johor juga kini menjadi bukan sahaja hab minyak dan gas, dan pengeluar makanan utama negara, malah Khaled turut mengumumkan inisiatif Johor sebagai hab bioekonomi Malaysia, hab kesihatan rantau Asia serta hab pengeluaran produk coklat disamping membangunkan tanah terbiar untuk pertanian.
 
Gagasan dalam merakyatkan kerajaan menjadi panduan utama beliau memimpin Johor dengan melancarkan kajian Suara Hati Johor secara lapangan dan online bagi memastikan kerajaan negeri di landasan yang betul dalam mencorak pembangunan negeri berlandaskan denyut nadi dan hati nurani rakyat berlandaskan prinsip keterbukaan, turun padang dan muafakat pemimpin, agensi awam dan swasta serta masyarakat sivil. 
penggunaan media sosial yang meluas  menerima maklum balas secara langsung daripada rakyat mengemukakan apa-apa isu dan idea-idea baru untuk memperbaiki sistem pentadbiran Kerajaan.
 
Beliau sedar bahawa zaman kerajaan tahu segala-galanya sudah berubah. Barisan Muafakat Johor yang terdiri daripada 10 anggota exco turut dinilai prestasinya bagi memastikan seluruh pentadbiran beliau diukur dari segi pencapaiannya.
 
Sebagai bekas Ahli Parlimen Johor Bahru dan Parlimen Pasir Gudang di samping pengalaman di Kementerian Kerja Raya , Kementerian Keusahawanan serta Kementerian Pengajian Tinggi digunakan sepenuhnya dan memberi kelebihan kepada beliau untuk memberi tumpuan menyediakan peluang keusahawanan untuk bumiputera dan orang muda. Program Inkubator Usahawan Muda Islam serendah RM200 sebulan akan beliau perluaskan.Program kemahiran,keusahawan sosial di wilayah ECER & Iskandar termasuk Program Kawan Iskandar Malaysia yang membangunkan 14 projek peningkatan pendapatan di 14 mukim di dalam Iskandar Malaysia dan Empower ECER.
 
Generasi Y melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang celik media siber dan Menteri Besar yang paling aktif memberi penerangan mengenai dasar yang memberi keuntungan kepada rakyat oleh kerajaan negeri dan Persekutuan. Aktiviti, pendirian dan pemikiran beliau terhadap pelbagai isu semasa dan pelbagai bidang, mendapatkan maklum balas rakyat. Begitu juga, banyak maklum balas diterima terhadap isu-isu yang viral di media sosial di Johor umumnya. Pelbagai aktiviti orang muda dilihat semakin rancak antaranya Twitup Johor,  Gen Y, Creative Fest dan pelbagai lagi program orang muda yang sedang dirancang dari sudut ekonomi, kemahiran, sukan, seni budaya & kreativiti termasuk mengumumkan pembinaan  Youth Park bertaraf antarabangsa sebagai pusat ekonomi & ilmu yang mampan. Khaled Nordin juga selalu turun  ke Stadium untuk sama sama memberi sokongan kepada transformasi Pasukan JDT.
 
Usaha beliau menghakupayakan dan menjadikan golongan belia sebagai rakan strategik kerajaan wajar dipuji dan beliau menekankan kesukarelawanan sebagai teras membentuk jati diri anak Johor di samping program untuk mahasiswa yang sentiasa dekat dihati beliau sejak di Kementerian Pengajian Tinggi lagi.
 
Muafakat Johor menjadi tema utama kepimpinan Khaled dalam usaha memastikan anak Johor mempunyai jati diri, Johor tetap jadi Johor, dan cara Johor sejak dari zaman Sultan Abu Bakar lagi di mana rakyat sentiasa bermuafakat sesama bangsa Johor, muafakat antara pemimpin, kerajaan dan rakyat, muafakat bersama agamawan, muafakat sesama ahli usahawan dan pelbagai aktiviti tradisi dan budaya Johor yang sentiasa memperkasa muafakat Johor seperti rewang, marhaban dan pelbagai aktiviti lagi. Benarlah muafakat membawa berkat, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
 
Dalam media sosial juga rakyat menyambut baik langkah Menteri Besar menjaga kesucian Islam, mengharamkan pusat hiburan keluarga berunsur perjudian di seluruh Johor yang banyak merugikan anak bangsa. Beliau juga tidak membenarkan sebarang kasino beroperasi di Johor dan ini cukup melegakan hati banyak pihak. Penukaran cuti kepada hari Jumaat juga disokong. Manakala awal tahun baru pula disambut dengan program berselawat anjuran MBJB menarik kehadiran puluhan ribu anak muda yang cintakan Rasulnya menjadi satu titik tolak terhadap fokus beliau memperkasa pendidikan Agama Islam. Ini analisis saya terhadap 7
bulan kepimpinan Khaled Nordin, bukan 7 tahun.
 
 
Minda Iskandar
Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial