KILANG PENGHASILAN GETAH SINTETIK POLY-BUTADIENE PERTAMA DI NEGARA INI DIBUKA DI TANJUNG LANGSAT

PASIR GUDANG: Kilang penghasilan getah sintetik poly-butadiene pertama di negara ini dibuka di Tanjung Langsat, dengan nilai pelaburan lebih RM547 juta.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata pembukaan kilang berkenaan adalah salah satu contoh pelaburan yang dapat memangkin kemasukan pelabur lain ke Johor.

“Ini menunjukkan kewujudan sesuatu industri juga mampu menarik industri yang lain untuk melabur di sini.

"Industri berasaskan getah bukan satu industri yang asing di negara ini, bahkan Johor pernah menjadi pengeluar utama getah negara.

“Dari 1910-1940, Johor muncul sebagai negara pengeluar getah utama negara ketika itu.

Ini telah menyumbang kepada pembangunan pesat di negeri ini sebagai hab pengangkutan dan industri di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pembangunan Kilang Lotte Ube Synthetic Rubber Sdn Bhd di sini, hari ini.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial