KITA ADALAH JOHOR DARUL TA’ZIM – TMJ

doc6ebapg9pdolk32754te

Setiap kekalahan memang pedih, tetapi ianya tidak bermakna segalanya telah berakhir. Fokus kepada perjalanan kita, di mana kita berada dan bukan hanya kepada satu perlawanan. Fokus kepada gambaran yang lebih besar. Abaikan mereka yang menyalak. Tindakan mereka menunjukkan kita berada di landasan yang betul.

Saya tidak menganggapnya sebagai kebencian. Saya melihatnya sebagai ketakutan. Takutkan sebuah empayar yang lahir dari selatan. Dalam bolasepak dan juga politik. Biar seluruh dunia tahu bahawa kita bangkit menentang kebencian dan korupsi. Biar seluruh dunia tahu bahawa yang sedikit bangkit menentang yang ramai. Biar seluruh dunia tahu bahawa Bangsa Johor adalah suara kebebasan dan sentiasa teguh menentang pengecut dan korupsi.

Kita adalah Johor Darul Ta'zim, dan mereka patut takut akan kita, kerana mereka tidak akan dapat menghalang empayar ini daripada menjadi lebih kuat. Ingat, kita tidak pernah kalah, kita cuma belajar daripada pengalaman. Sekarang, kepada pembenci, lihatlah kita maju kehadapan, dan teruskanlah menyalak. Hidup Johor!

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber : Johor southern Tigers

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial