KITA MESTI TEGUH DIBELAKANG PASUKAN KITA – TMJ

imageResize

TAHNIAH KEPADA PASUKAN KELANTAN ATAS KEMENANGAN 

Tahniah kepada Kelantan atas kemenangan pada malam ini. Tahniah juga atas persembahan bolasepak yang amat baik sekali. JDT nampaknya tidak bernasib baik pada malam ini. Diharapkan pasukan kita dapat meningkatkan prestasi dalam baki perlawanan. Kita mesti mesti meneruskan perjuangan, dan InsyaAllah, kita akan bertahan. Penalti yang diberikan pada malam ini dilihat amat berat sebelah, tetapi siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan tersebut.

Kita akan sentiasa bergelut dengan sistem dan kakitangan yang akan sentiasa menurut arahan pihak atasan. Keputusan malam ini tidak boleh diubah dan terpulang kepada kita untuk memberikan yang terbaik dalam baki dua perlawanan akan datang. Kita mestilah teguh di belakang pasukan kita. Sekali lagi, tahniah kepada Kelantan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber : Johor Southern Tigers

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial