KMJ 2015 Bermula

2018 kmjPONTIAN: Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 membuka tirainya hari ini dengan menyaksikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melancarkan program selama empat hari bagi menjelajah seluruh pelusuk negeri ini di perkarangan Laman Diraja Pontian, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis berkenaan Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che' Puan Khaleeda Bustamam serta putera dan puteri baginda.

KMJ yang memasuki edisi ke-18 tahun ini memulakan perjalanan sejauh 858 kilometer ke 10 buah daerah di negeri ini bagi merapatkan hubungan antara institusi diraja dengan rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Ismail Karim dan barisan exco Kerajaan Negeri.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial