KMJ: Sultan Johor Berkenan Meraikan Kejayaan JDT

image

 

 

SEGAMAT, 15 Mei – Kalendar Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2016 melakar detik manis apabila Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ibrahim berkenan meraikan kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (Johor DT) merangkul Piala FA Superbest Power di Taman Yayasan di sini.

Dalam majlis itu, Sultan Ibrahim menyempurnakan majlis dengan menjulang Piala FA bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail serta para permain.

Hadir sama ialah Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim; Pegawai Daerah Mersing, Mohd Haffiz Ahmad serta beberapa Exco Kerajaan negeri.

Turut berangkat tiba Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Kemarau 18 tahun skuad Harimau Selatan itu bagi membawa pulang piala berprestij itu berakhir apabila juara Piala Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) 2015 mengalahkan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Terdahulu konvoi yang membawa pemain JDT tiba di pekarangan padang Taman Yayasan kira-kira pukul 2.30 petang disambut meriah dengan paluan gendang daripada kelab penyokong Boys Of Straits (BOS) serta sorakan lebih 5,000 penduduk setempat.

Sejurus selesai sambutan kejayaan skuad Harimau Selatan itu, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli turut serta membuat kuih putu mayam serta beramah mesra dengan penyokong dan penduduk setempat.

Taman Yayasan merupakan destinasi terakhir hari kedua kembara KMJ selepas Sultan Ibrahim yang memandu trak Mack membabitkan laluan sejauh 242 kilometer.  – Kelab Media Johor

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial