Konvensyen UMNO Johor: Pengisian Perjuangan Yang Penuh Bermakna Kepada Parti

0911_umo

 

JOHOR BAHRU, 9 Nov – Wanita UMNO Johor melihat Konvensyen UMNO negeri yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini merupakan pengisian perjuangan yang cukup bermakna kepada seluruh jentera parti dan juga ahli secara keseluruhannya dalam memastikan perjuangan UMNO terus kukuh.

Ketuanya Datuk Sharifah Azizah Datuk Syed Zain berkata usaha berkenaan merupakan satu langkah terbaik kerana dalam situasi hari ini UMNO yang berdepan dengan pelbagai cabaran perlu diperkemaskan di semua peringkat agar seluruh jentera parti berada dalam keadaan terbaik terutama untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Menurut beliau sungguh pun UMNO telah melalui mesyuarat di pelbagai peringkat khususnya mesyuarat wanita UMNO bahagian dan cawangan sebelum ini, penganjuran konvensyen itu tentunya akan memberi nilai tambah yang tersendiri.

“Mungkin akan ada penambahan maklumat dan juga untuk kita sama-sama bersolidariti serta sama-sama meneruskan lagi semangat permuafakatan dikalangan ahli dan pimpinan parti kerana jalinan ikatan yang kukuh mampu memberi impak yang positif terhadap parti.

“Malah Wanita UMNO peringkat negeri khususnya sentiasa melihat ke depan dengan mengutamakan soal perpaduan serta solidariti kita terhadap kepimpinan parti yang tidak berbelah bagi khususnya di negeri Johor hari ini.

“Jadi Alhamdulillah…kita mengharapkan konvensyen itu nanti akan memberi suntikan yang terbaik untuk kita semua dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap parti dan sama-sama berkhidmat untuk rakyat,” katanya kepada UMN0-Johor, di sini.

Azizah seterusnya menegaskan kepimpinan negeri dibawah teraju Pengerusi Badan Perhubungan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan kepimpinan negeri lain dilihat bersungguh-sungguh dalam memastikan perjuangan parti terus mendapat kekuatan yang tersendiri.

“Inillah yang kita lihat bagaimana semangat permuafakatan diterapkan serta ditonjolkan dalam memastikan parti ini terus gah dan mantap melangkah ke depan. Cumanya kita sama-samalah nanti menghayati serta mempraktikkan apa yang dicapai pada konvensyen itu nanti, insya Allah,” katanya. – UMNO Johor

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial