Kota Tinggi Akan Terus di Bangunkan

KOTA TINGGI: Kerajaan Negeri akan merancakkan lagi pembangunan di Kota Tinggi bagi menjadikan daerah berkenaan sebagai salah sebuah daerah yang mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

Bagi tujuan itu, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled Nordin,  berkata Kerajaan Negeri kini sedang mengkaji beberapa cadangan pembangunan komprehensif yang dikemukakan oleh Pejabat Daerah Kota Tinggi.

“ Kota Tinggi merupakan sebuah daerah yang seharusnya melalui proses transformasi kerana daerah ini kaya dengan nilai sejarah, produk pelancongan dan pertanian.

"Di samping itu, daerah ini juga mempunyai kekuatan yang berbeza dari daerah lain. Kita mahu menentukan ia kekal sebagai kota pelancongan sejarah dan lembah pengeluaran makanan negara selain membangun sebagai hab minyak dan gas seperti yang dirancang kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyusuri Sungai Johor sempena lawatan kerjanya ke Kota Tinggi, di sini Ahad lalu.

Dalam ucapannya sempena lawatan kerjanya di Kampung Telok Sengat, beliau berkata Kerajaan Negeri juga sedang memperhalusi cadangan untuk membangunkan santuari gajah, belukar durian dan Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

"Kita akan memantau perkembangan pembangunan yang dirancangkan supaya dilaksanakan mengikut jadual. Kita yakin Kota Tinggi dapat menyumbang kepada ekonomi negeri lebih-lebih lagi sejajar dengan pertumbuhan baru hab minyak dan gas di Pengerang," katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial