KPWKM NAFI KAITAN DENGAN PROGRAM BERSEPADU 1 AYAH 2 IBU

1_ayah_2_ibu.transformed

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan kaitannya dengan Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu yang dihebahkan menerusi laman dan aplikasi media sosial. 

Kementerian kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama, logo serta laman web Kementerian dalam poster itu, kata KPWKM dalam kenyataan di sini hari ini. 

Susulan daripada itu, Kementerian sudah membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi siasatan lanjut. 

Kementerian ingin menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu itu dan menyeru supaya tidak menyebarkan kepada orang lain. Logo program itu viral di media sosial hari ini.

Sumber : BH

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial