KUASAI “LANGIT” UNTUK JADI UMAT HEBAT

Untitled-1.19111239_std

PUTRAJAYA – Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menyeru umat Islam agar menguasai 'industri langit' untuk menjadi umat yang berjaya.

Ujarnya, bangsa yang berjaya menguasai industri di langit akan berjaya menguasai dunia.

"ALLAH menyeru umat Islam agar menguasai ilmu 'langit'.

"Bayangkan bangsa Perancis yang  berjaya menguasai bidang penerbangan, Airbus semua masyarakat dunia beli dekat 'orang Perancis, sampai orang 'tunduk' kepada mereka.

"Begitu juga Jepun yang berjaya kuasai teknologi komunikasi," katanya ketika memberi ceramah bersempena Karnival Usahawan Desa di Putrajaya malam tadi.

Oleh itu, ujarnya umat Islam perlu mengembalikan zaman kehebatan mereka dahulu ketika mana ilmu dilangit begitu hebat digali untuk kembali menjadi umat yang hebat.

"Dulu kita hebat‎, umat Islam kita kaji bintang, kaji astronomi..kini budaya meneropong sudah tiada….yang kita hendak jadi sekarang adalah bintang popular," katanya.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial