KUNALAN TEKAD BANTU JDT JUARA

21hmkunalan1.transformed

Johor Bahru: Walaupun beraksi di posisi bek kiri, kelibat S Kunanlan yang memainkan peranan selaku pemain sayap kanan kerap membantu barisan serangan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) untuk mencemaskan benteng pertahanan Perak.

Malah pemain kebangsaan itu jelas tidak menunjukkan kepenatan sepanjang 90 minit perlawanan sebaliknya sentiasa konsisten untuk membantu pasukan mencipta kemenangan selesa 4-1 kelmarin.

Bagi Kunanlan apa yang dilakukan adalah tugas diamanahkan ketua jurulatih Mario Gomez yang mahukan dia beraksi mengikut perancangan taktikal dan mengelak daripada membuat kesilapan.

“Saya mengikut arahan jurulatih dan paling utama memastikan kemenangan kerana pasukan amat memerlukan tiga mata pada perlawanan itu.

“Saya tidak tertekan beraksi di posisi bek kanan kerana pemain Perak jarang melakukan serangan di bahagian itu. Kesempatan itu saya gunakan untuk bergerak ke atas membantu rakan penyerang.

“Apa pun saya akan berusaha lebih gigih lagi bagi memperkemaskan corak permainan kerana kita akan berdepan tugas getir berdepan FELDA United pada perlawanan terakhir liga untuk mengesahkan selaku juara Liga Super malam esok,” katanya.- HARIAN METRO

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial