Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Kilang Bateri di Johor Bahru

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira 2 jam berkunjung ke Kilang Bateri di Johor Bahru.

Sambil meninjau, beliau turut diberi taklimat ringkas mengenai aplikasi konsep-konsep ekonomi merdeka atau “indienomics” yang menjadi resipi kejayaan Kilang Bateri sejak diwujudkan tahun lepas.

Hadir bersama beliau, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, serta barisan pengasas Kilang Bateri.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial