KYPJ CIPTA BENDERA GERGASI

JOHOR BAHRU – Penuntut Diploma Pengajian Perniagaan Semester Dua dan Diploma Perbankan Islam Semester Tiga Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya menghasilkan bendera Johor gergasi.

Ketua Program Sekolah Pengurusan dan Sains Sosial KYPJ, Siti Nor Faizah Mahfol berkata, bendera sepanjang 30 meter dengan kelebaran 10 meter dihasilkan seramai 120 penuntut termasuk para pensyarah.

Menurutnya, bendera gergasi itu dihasilkan dengan usaha jahitan tangan para penuntut dalam tempoh seminggu bermula 12 September lalu sehingga kelmarin.

“Tahniah, saya bangga dengan komitmen 120 pelajar yang dapat menyiapkan bendera gergasi ini hanya dalam tempoh seminggu di tengah padang futsal tanpa mengira keadaan cuaca yang panas terik.

“Ia satu sejarah lagi buat kita selepas berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records menghasilkan bendera daripada tempurung kelapa pada 2012,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fitness Festival di Hutan Bandar, di sini, semalam.

Siti Nor Faizah berkata, usaha sedemikian dilakukan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan penuntut KYPJ, selain menjalinkan kerjasama erat penuntut berlainan bidang.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial