LAKUKANNYA UNTUK MEREKA YANG MAHU MELIHAT ANDA GAGAL – TMJ

image

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor sebentar tadi menulis kenyataan yang menarik menerusi Facebook , tetapi menimbulkan tanda tanya mengenai maksud sebenar di sebalik kata-katanya. 

Dengan menggunakan tajuk `Lakukannya untuk mereka yang mahu melihat anda gagal' menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, untuk menjadi juara, seseorang itu perlu lebih dulu melihat kepada gambaran lebih besar. Tanpa menyebut mana-mana pihak, Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu bertitah, untuk menjadi juara, ia bukan berkaitan menang atau pun kalah. 

Kenyataannya Tunku Ismail hadir beberapa jam selepas Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan kesediaan meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), susulan kekalahan 10-0 Malaysia kepada Emiriah Arab Bersatu pada Khamis lalu. 

"Untuk menjadi juara, seseorang itu perlu lebih dulu melihat kepada gambaran lebih besar. Ianya bukan berkaitan menang ataupun kalah. Ianya adalah menerima segala keperitan di penghujung setiap perlawanan tanpa rasa gentar. 

"Saya rasa sesetengah orang berfikir terlalu banyak dan kemudiannya rasa takut akan rintangan. Ada pula yang takut kerana melihat keazaman saya, dan ada yang menjadi takut melihatkan potensi masa depan JDT," titah Tunku Ismail. 

Berikut adalah kenyataan penuh Tunku Ismail yang disiarkan menerusi Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi. 

"Untuk menjadi juara, saya rasa anda perlu melihat kepada gambaran yang lebih besar. Ianya bukan berkaitan menang ataupun kalah. Ianya adalah berkaitan dengan usaha keras setiap hari dan hidup untuk menempuh cabaran. Ianya adalah menerima segala keperitan di penghujung setiap perlawanan tanpa rasa gentar.

Saya rasa sesetengah orang berfikir terlalu banyak dan kemudiannya rasa takut akan rintangan. Ada pula yang takut kerana melihat keazaman saya, dan ada yang menjadi takut melihatkan potensi masa depan JDT. Segala ketakutan ini membuatkan haters bercakap yang bukan-bukan. 

Haters boleh melihat anda berjalan di atas air tetapi mengutuk anda dikatakan tak pandai berenang. Tetapi tak mengapa kalau berasa takut. Hey, kalau saya perlu bersaing dengan seorang lagi bos bolasepak yang bercita-cita tinggi dan mempunyai sokongan kewangan yang kukuh, tentu saya pun takut juga".- BERITA HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial