Laporan Ketua Audit Negara: Kerajaan Johor akan ambil tindakan tegas kepada kakitangannya yang didapati menyeleweng

IMG_8796

KOTA ISKDANDAR: Susulan daripada Laporan Ketua Audit Negera yang dikeluarkan baru-baru ini, Kerajaan Johor akan mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana penjawat awam di negeri ini yang didapati terlibat dalam penyelewengan semasa melaksanakan tugas mereka.

Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ Ismail Karim berkata, mereka yang melanggar peraturan perkhidmatan awam termasuk penyelewengan akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh Jawatankuasa Penambahbaikan yang terdapat di jabatan masing-masing.

Katanya, Jawatankuasa yang dianggotai oleh wakil jabatan-jabatan dalam kerajaan dan dipengerusikan oleh SUK akan mengkaji jika terdapat salah laku yang dilakukan oleh penjawat awam di negeri ini.

“Jawatankuasa ini akan mengkaji semua laporan audit yang berkenaan sama ada kes yang membabitkan penyelewengan. “Denda atau pun tindakan keras kepada mereka yang menyalahgunakan kuasa, pecah amanah dan sekiranya berlaku kes prima facie terhadap laporan audit berkenaan, maka tinddakan mahkamah atau pun dirujuk perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

“ Pegawai-pegawai yang terlibat juga tidak akan menerima kenaikan gaji, pangkat atau apa-apa juga ganjaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan Laporan Ketua Audit Negara yang diadakan di pejabatnya di sini hari ini. Dalam Laporan Ketua Audit Negara siri 2 2013 mendapati kos penyelenggaraan kenderaan di bawah Pejabat SUK Pengurusan dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor yang tinggi.

Mengenai perkara itu, Ismail menjelaskan, laporan tersebut merupakan sampel, bukan semua kenderaan dan ia melibatkan beberapa jabatan terpilih sahaja.

Jelasnya lagi, semakan Audit terhadap daftar perbelanjaan Pejabat SUK Pengurusan pada tahun 2011 hingga 2013 mendapati kos penyelenggaraan berbanding dengan kos perolehan bagi 13 buah kenderaan adalah di antara 39 hingga 95 peratus.

“Ini berlaku kerana kenderaan-kenderaan tersebut kebanyakkanya digunakan oleh Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan penggunaannya lasak dan di tahap maksimum.

“Tambahan pula rata-rata kenderaan tersebut sudah melebihi usia lapan tahun dan sepatutunya ia sudah diganti dengan kenderaan baru setiap lima tahun sekali,” katanya.

Kata Ismail lagi, semua jabatan sudah diarah untuk memantau dengan lebih terperinci mengenai penyelenggaraan kenderaan mengikut jabatan masing-masing.

Pihaknya juga memutuskan agar semua kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan akan di hantar ke pusat servis kenderaan berkenaan.

“ Jika Proton kita hantar ke pusat servis Proton, jika Honda kita hantar ke pusat servis Honda dan sebagainya. "Ini bagi membolehkan kita memantau rekod peneyelanggaran berkeadaan baik dan mengelakkan penggunaan alat ganti tiruan,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Kewangan Negeri, Marsan Kassim

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial