Latif Bandi Berjiwa Besar

ISKANDAR PUTERI, 2 Mac – Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Johor, Datuk Samsol Bari Jamali hari ini menyambut baik keputusan Datuk Abd. Latif Bandi untuk mengambil cuti bagi memberi tumpuan kepada proses siasatan SPRM.

Menurut beliau, tindakan itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab.

“Kerelaan hati Datuk Latif untuk mengambil cuti demi membolehkan siasatan dibuat secara menyeluruh dan telus adalah gambaran keikhlasan serta rasa tanggungjawab beliau walaupun mereka yang ditahan adalah anak dan pembantu khas beliau.

“Ini adalah contoh terbaik sebagai pembesar kerajaan Johor yang bertanggungjawab dan berjiwa besar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Jauhar hari ini.

Menurut Samsol Bari lagi, keputusan yang diambil oleh Abd. Latif menunjukkan beliau meletakkan kepentingan umum mengatasi dirinya sendiri.

“Jika dibandingkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang jelas sedang dalam siasatan tetapi masih mempertahankan jawatannya, tindakan Exco ini adalah lebih mulia dan menggambarkan beliau mementingkan pihak umum daripada dirinya sendiri.

“Malahan,tidak ada satu pihak pun samada dari pihak kerajaan negeri atau parti yang menghalang proses penyiasatan untuk keadilan. Inilah cara Johor yang mulia dan telus,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial