Latif Tunjuk Teladan Baik

JOHOR BAHRU, 2 Mac – Keputusan Datuk Abd. Latif Bandi untuk mengambil cuti bagi memberi ruang kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat sokongan Persekutuan Tiong Hua Johor Bahru.

Menurut Presidennya, Datuk Seri Tey Kim Chai, ia tindakan yang wajar dipuji kerana menunjukkan teladan yang baik sebagai seorang pemimpin dan pegawai kerajaan.

“Kami menyanjung keputusan beliau untuk bercuti bagi memberi fokus kepada siasatan SPRM yang membabitkan anak dan pegawai beliau.

“Ia menunjukkan disiplin seorang tokoh yang baik, bukan seperti pemimpin di negeri lain yang masih meneruskan tugas walaupun sedang disiasat SPRM,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Jauhar hari ini.

Tambah beliau, orang ramai perlu memberi ruang kepada proses siasatan untuk mendedahkan kebenaran dan tidak terlalu cepat menghukum mereka yang terbabit.

“Seseorang itu tidak bersalah sehingga ada bukti yang secukupnya untuk mensabitkan dia, jadi janganlah terus menjatuhkan hukuman sendiri.

“Kita mempunyai proses undang-undang yang telah ditetapkan dan juga percaya bahawa SPRM akan bertindak secara adil dan profesional,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial