Lebih 10,000 Hadir Meriahkan Jamuan Teh

JOHOR BAHRU, 23 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tuanku Ke-58 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, hari ini.

Keberangkatan baginda disambut meriah lebih 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan yang setia menunggu sejak dari awal lagi.

Sultan Ibrahim yang diiringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah tiba di majlis itu pada pukul 3.45 petang.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam, anakanda-anakanda baginda serta kerabat diraja lain.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim berkenan memotong kek ulang tahun keputeraan baginda dan meluangkan masa untuk bersalaman dengan rakyat.

Majlis turut diserikan dengan persembahan orkestra, nyanyian dan tarian kebudayaan pelbagai kaum.

Orang ramai yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah terutamanya makanan tradisi Johor.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial