Lebih 200,000 pekerja asing ada di Johor

KOTA ISKANDAR: Bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini, seramai 209,889 pekerja asing diberi kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara dalam pelbagai sektor di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri, R Vidyananthan, berkata permohonan pekerja asing oleh majikan dibuat di Pusat Kelulusan Setempat (PPS) Kementerian Dalam Negeri.

Katanya, penggajian pekerja asing adalah langkah sementara untuk menampung kekosongan yang tidak dapat dipenuhi oleh rakyat tempatan.

“Majikan hendaklah memaklumkan kekosongan jawatan tersebut kepada Jabatan Tenaga Kerja melalui pendaftaran di Jobsmalaysia bagi membolehkan pencari kerja rakyat tempatan yang berdaftar diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke 13 di sini hari ini.

Katanya, penggajian pekerja asing adalah untuk sektor perkilangan, perladangan, pembinaan dan perkhidmatan.

“Pekerja asing adalah dibenarkan bekerja selama 10 tahun tempoh maksimum bagi semua sektor yang dibenarkan,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial