Lebih 48,000 Unit RMMJ Bakal Disiapkan 2018-2020

yb-Latif-interview

Kota Iskandar, 21 Nov – Kerajaan Negeri mengunjurkan pembinaan 48,521 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dalam tempoh tiga tahun bermula 2018, sebagai usaha berterusan membantu rakyat di negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd Latif Bandi, daripada jumlah itu, 18,456 unit akan disiapkan pada 2018, manakala 30,065 unit lagi pada tahun 2019 hingga 2020.

“Bagi tahun 2018, pembinaan RMMJ membabit 10,955 unit di Johor Bahru, 791 di Kulai, 670 di Muar, Batu Pahat (1,064), Kluang (380), Segamat (783), Tangkak (34), Kota Tinggi (2,747), Mersing (589) dan Pontian (443)

“Kerajaan Negeri berpendapat tahun 2018 hingga 2020 adalah tahun yang amat penting bagi sektor perumahan mampu milik di Johor kerana unjuran yang diletakkan ialah 18,456 unit bagi 2018 dan 30,065 bagi 2019 hingga 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Sheikh Ibrahim Salleh (PAS – Sg Abong) di Sidang Dewan Negeri Johor di sini, hari ini.

Tambah beliau, bagi tempoh 2019 hingga 2020, pembinaan RMMJ di Johor Bahru melibatkan 9,579 unit, Kulai (2,812), Muar (2,535), Batu Pahat (5,068), Kluang (4,615), Segamat (2,648), Tangkak (1,187), Kota Tinggi (1,279), Pontian (334) dan Mersing (8).

“Bagi tahun 2017, sebanyak 6,327 unit RMMJ akan disiapkan dan berdasarkan rekod yang dilaporkan dalam Mesyuarat Perumahan Negeri Johor sebelum ini, sebanyak 10,625 unit rumah disiapkan bagi tempoh 2014 hingga 2016,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial