Lebih RM72 Juta Disalurkan Untuk Pembangunan Parlimen Tenggara

Mohamed Khaled menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek NBOS di Batu 4, Jalan Lombong, dekat Kota Tinggi.

KOTA TINGGI, 12 Mac – Lebih RM72 juta peruntukan pembangunan disalurkan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi Parlimen Tenggara.

Ia melibatkan pelbagai projek baharu, selain usaha menaik taraf dan membaik pulih kemudahan sedia ada seperti sekolah, surau, dewan dan jalan raya.

Jumlah peruntukan itu diumumkan Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin ketika mengadakan lawatan kerja sehari ke Parlimen tersebut, hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Dato’ Sri Dr. Adham Baba; ADUN Panti, Dato’ Baderi Dasuki dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Dr Badrul Hisham Kassim.

Pecahan peruntukan adalah seperti berikut;

1. Program Transformasi Kota Tinggi di bawah peruntukan Kerajaan Negeri (RM34 juta).

2. Projek Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Batu 4, Jalan Lombong menerusi peruntukan Kerajaan Pusat (RM27.5 juta). Ia melibatkan pembangunan Pusat Perkhidmatan dan Transit Pelancong, Arena Segitiga dan Hentian Rehat dan Rawat.

3. Membaik pulih sekolah-sekolah agama di kawasan Parlimen Tenggara (RM400,000).

4. Pelebaran laluan utama Kulai – Kota Tinggi ke Felda Bukit Ranum (RM500,000).

5. Penyelenggaraan jalan-jalan kampung dan negeri, iaitu;
– Pelebaran jalan kampung melalui syarikat konsesi Kerajaan Negeri (RM1.3 juta)
– Penyelenggaraan jalan kampung melalui Pejabat Daerah Kota Tinggi (RM1.085 juta)
– Penyelenggaraan jalan negeri (RM1.24 juta)
– Penyelenggaraan jalan PBT (RM6.2 juta)

6. Pembinaan Dewan Terbuka di Kampung Sri Jaya (RM160,000).

7. Membaik pulih surau-surau di Kg. Bukit Lintang Dalam, Kg. Bukit Lintang Luar, Kg. Semanggar Luar dan Taman Sri Saujana (RM120,000).

8. Membaik pulih Kuil Hindu Batu 2, Jalan Lombong (RM200,000).

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial