Ledang Akan Terus Dibangunkan

LEDANG: Kerajaan Negeri komited untuk melakukan transformasi di Ledang dengan membina pusat pentadbiran baharu, memaju industri pelancongan, perabot dan pertanian serta menambah bilangan rumah mampu milik.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai permulaan Kerajaan Negeri kini telah mengenal pasti kawasan untuk membangunkan pusat pentadbiran dan ia akan dibangunkan mengikut fasa.

"Kos pembinaan pusat pentadbiran baharu ini akan dimuktamadkan Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) dan dijangka pembinaannya bermula tahun ini dengan menempatkan Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah terlebih dahulu.

"Ini kerana hanya Ledang yang masih belum mempunyai pusat pentadbiran sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah, Penyerahan Bantuan Bina dan Baik Pulih Rumah Bagi Peruntukan Menteri Besar dan Penyampaian Sijil Inap Desa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sagil, di sini Isnin lalu.

Selain itu, katanya, bagi melonjakkan sektor pelancongan di Ledang  satu pelan pembangunan menerusi Jabatan Pelancongan Negeri akan dilakukan bagi mengeksplotasi segala sumber yang ada seperti Gunung Ledang dan Pulau Penarik.

Katanya, Kerajaan Negeri  menyokong segala usaha untuk  membangunkan mana-mana destinasi pelancongan di sini dan atas sebab itu sijil diberikan kepada semua pengusaha inap desa di Sagil supaya satu rantaian perniagaan dapat diwujudkan.

Bagi pembinaan rumah mampu milik pula, Kerajaan Negeri telah meluluskan kira-kira 80 hektar di  kawasan Ledang untuk pembinaan 2,500 buah rumah.

“Kita fokuskan pembinaan rumah ini di luar Tangkak  yang merangkumi seluruh tempatterutama di Sagil," katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri, merangkap Ahli Parlimen Ledang; Pengerusi Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepengunaan, Datuk Tee Siew Kiong.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial