LELAKI DIKHUATIRI LEMAS TERJATUH DARI BOT DI TELUK SENGAT, KOTA TINGGI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot di kawasan Rumah Rakit Teluk Sengat, Kota Tinggi dekat sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PBK II Jamaludin Husin berkata, mangsa R.Thurysamy, 40, dikesan hilang kira-kira pukul 5 pagi oleh dua rakan yang turut tinggal bersamanya di rumah rakit berkenaan.

“Pada awal pagi, dua daripada rakan mangsa sedang tidur di rumah rakit berkenaan ketika mangsa hendak turun ke sungai menggunakan bot.

“Apabila enjin bot dibunyikan, kedua rakannya itu terjaga dan terus melihat ke luar dan mendapati mangsa sudah hilang,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, polis memaklumkan mangsa berasal dari Serdang, Selangor.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan dengan bantuan sebuah bot bomba dan polis marin selain turut melibatkan lima anggota, kata beliau. – Bernama

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial