LELAKI TAMPAR IMAM JALANI PEMERIKSAAN MENTAL

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga India yang menampar imam Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat 18 September lalu diperintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Majistret Siti Radziah Kamarudin memerintahkan demikian terhadap Shabil Ahmad Khan selepas dia kelihatan keliru dan tidak memahami tiga pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.

Pada awal prosiding, Shabil, 31, mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan terhadap imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim, mengganggu solat Jumaat dan tinggal lebih masa di Malaysia.

Bagaimanapun majistret tidak merekodkan pengakuan susulan tertuduh kelihatan tidak memahami tuduhan dan hanya menundukkan kepala sambil berkata-kata sendirian.

Mahkamah menetapkan 30 Oktober depan untuk sebutan kes itu bagi mendapatkan laporan mental tertuduh.- SINAR HARIAN

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial