Lesen Berunsur Perjudian Tidak Pernah Diluluskan – Latif

yb-Latif-interview
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abdul Latif Bandi.

ISKANDAR PUTERI, 21 April – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) di negeri ini tidak pernah meluluskan lesen hiburan berunsurkan perjudian.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abdul Latif Bandi, berkata terdapat kelulusan lesen hiburan dan premis yang disalahguna oleh sesetengah pihak untuk menjalankan aktiviti perjudian seperti mesin kuda.

“Sememangnya pihak berkuasa yang meluluskan lesen hiburan dan lesen premis, tidak pernah meluluskan lesen-lesen yang berunsur perjudian.

“Namun begitu, terdapat juga lesen hiburan yang diluluskan dan telah disalahgunakan  untuk menjalankan aktiviti-aktviti yang tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Sidang Dewan Negeri Johor yang ke-13 di sini, hari ini.

Tegas Latif, pihaknya memandang serius perkara itu dan telah bekerjasama dengan pelbgai agensi untuk menjalankan operasi terhadap pihak yang menjalankan kegiatan berunsurkan perjudian.

“Operasi bersepadu bersama PDRM, pejabat daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya sentiasa dibuat, terutamanya terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan  berunsurkan perjudian haram termasuklah mesin kuda.

“Melalui rekod PDRM,  bagi tempoh Januari  hingga 15 April 2016 sebanyak  637 serbuan dilakukan dengan tangkapan seramai 2,297 orang, rampasan sebanyak 6,782 buah mesin judi dan wang tunai berjumlah RM174,812,” katanya.

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial