Lesen Penjaja Bukan Untuk Warga Asing – Latif Bandi

NUSAJAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan mengeluarkan lesen penjaja kepada warga asing untuk berniaga di kawasan PBT bagi memastikan perniagaan peniaga tempatan tidak terancam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latif Bandi, berkata PBT memandang serius isu kebanjiran peniaga warga asing yang sewenangnya menjalankan perniagaan makanan di Johor.

Katanya, PBT akan sentiasa menjalankan pemantauan dgn melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha makanan warga asing bagi memastikan tiada penyalahgunaan lesen premis makanan berlaku.

"Tindakan kompaun dan notis akan di keluarkan terhadap kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred dan Perniagaan dan Perindustrian, Undang-Undang Kecil Makanan dan Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran.

"PBT juga melakukan bancian dan menyerahkan maklumat kepada Jabatan Imigresen sekiranya terdapat pekerja warga asing yang diragui status untuk diambil tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Abd Taib Abu Bakar (BN-Machap) dalam persidangan Dewan Negeri di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Md. Jais Sarday ketika menjawab soalan daripada Gan Peck Cheng (DAP-Penggaram) berkenaan langkah memulihara infrastruktur Perpustakaan Awam Batu Pahat, beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM250,000.

"Kerajaan Negeri Johor telah memperuntukan RM250,000 kepada Jabatan Kerja Raya bagi membaiki infrastruktur akan dilaksanakan dalam masa terdekat,"katanya.

 

Facebooktwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial